Thursday, 24 March 2011

Sentiasa Menunggu...

Awak tahu tak? Saya tidak pernah berhenti mencintai mu selama ini. Setiap hari, saya merindui pelukan mu dan ciuman mu. Walaupun awak telah melukai hati ku ini, saya tetap mencintai mu.

Saya harap awak akan faham yang saya tidak akan menyalahkan awak kerana keputusan mu untuk memutuskan perhubungan kami walaupun betapa sakit hati ku ini. Tetapi saya juga harap awak akan faham bahawa saya akan memerlukan masa untuk sembuh dari luka yang mendalam ini.

Saya sangat menghargai yang awak masih ada perasaan terhadap saya dan juga merindui saya. Tetapi semua ini tidak cukup bagi ku. Ini kerana saya, pada masa ini, tidak dapat melepaskan mu dan juga kerana saya sentiasa berharap awak akan kembali kepada sisi ku. Mahupun awak telah memberitahu saya bahawa awak juga mahu memulakan hubungan kami semula, ini juga tidak cukup kerana cinta mu terhadap ku tidak sekukuh cinta ku terhadap mu. Saya sanggup mengambil risiko yang awak tidak sudi.

Meskipun ini, saya sentiasa mencintai mu dan merindui mu. Saya juga sentiasa berharap awak akan kembali ke sisi ku walaupun saya harus menunggu mu...

No comments:

Post a Comment